(naskah pertama)
Tuhan meledakkan gunung
dan mengalirkan lahar
membawa bau belerang
dari kawah itu, menusuk ke hidung
para pengunjungnya
yang sedia membahagi rezekinya
antara penjaja
dan penjaja
yang amat mengharap
untuk hidup dari petaka gunung
yang telah terjadi
dan akan terjadi lagi
kerana asap tebal itu
adalah marah Sang Kuriang
yang belum padam
di Tangkaban Perahu
Tuhan, jauhi mereka dari petaka itu lagi!
Tangkaban Perahu, Bandung.
121212.
No comments:
Post a Comment