Tuesday, December 17, 2013

PIALA

Inilah taman dan ladang
dan tapak gelanggang
guna menanam pohon-pohon
dan lagi menyiapkan perlawanan

Sebelum beredar ke balik sana
biar berat hasil tuaian
atau menang menjulang piala
piala dunia, piala akhirat.

151213.
Machang.

Saturday, December 14, 2013

MUSIM BARU

Mendongak ke langit
melihat awan dan bulan
ketika ia hampir purnama

Di bawah langit itu
malam ini rumput
masih terasa basah

Ada angin membawa suara
ada khabar dari jauh
tentang musim baru yang akan tiba.

131213.
Machang.

Wednesday, December 4, 2013

SIPUT

Pada suatu hari
akan aku menulis
tentang seekor siput

Sebelumnya, terimalah
ampun dan maaf
dari aku pada hari ini
kerana belum boleh menulis
mengenaimu-siput
sebagai janji
yang masih belum kutunaikan.

Machang,
Disember 2013.

DI HUJUNG JARI

Hanya di hujung jari
kata-kata itu muncul
hanya di hujung kata
makna itu timbul

Machang.
2013