Monday, May 31, 2010

Hujan (2)

hujan itu turun
kerana doa burung-burung

hujan itu turun
kerana doa pohon-pohon

hujan itu turun
kerana Tuhan sayangkan mereka
burung-burung dan pohon-pohon.


Gua Musang

Hujan (1)

Telah turun hujan
tiba dari atas
ke laman rumput
di depan rumah ini

telah turun rahmat dari Tuhan
setelah sekian lama hujan air itu tidak bersama-sama
membasahi bumi tanah ini- telah lama menanti- telah turun air hujan
telah tiba rahmat ini

marilah bersama-sama, kita mengucapkan syukur kepada Tuhan kita-Allah
yang menurunkan hujan-yang menurunkan rahmat dan menebarkan nikmat-Nya


Sunday, May 16, 2010

Hari Guru

Berdiri di antara bukit
dan belantara
sungai dan pohonan
di bawah langit terbuka
dipijak, ini bumi yang terhampar

di antara darah hanyir
kemiskinan dari dusun yang terluka
di sinilah aku berdiri
dengan darah perwira
menatang kasih
anak-anak peribumi
daif dan duka, agar meraka bangkit
mewarisi zaman, mendapani cabaran abad
mencipta jiwa luhur murni, membangun kudrat
warisan zaman

Sejahteralah, semua
Selamat Hari Guru.


Sungai Asap
Gua Musang