Wednesday, October 28, 2009

Terima Kasih

Kepada mereka yang telah mendidik dalam menulis sajak dan bermain drama. Sama ada semasa di bangku sekolah seperti Abdul Aziz HM, Sutung Umar RS. Dalam persatuan Penulis-Penulis Kelantan S.Othman Kelantan. Semasa di universiti, terima kasih kepada Shahnon Ahmad, M.S Hutagalung, Fatimah Busu, Zainal Latif, Ghause Nasaruddin, Ghulam Sarwar, Zakaria Ali, Helen D Porten. Tidak lupa kerana sangat menghargainya A. Latiff Mohideen. Tentulah dalam setiap derap puisi ingatan sentiasa pada Usman Awang di Dewan Sastera. Kepada yang telah kembali -Alfatihah.

Sunday, October 25, 2009

Di Bawah Jambatan Kasturi

Sungai limau kasturi
aku memancing sepi

di gigi air sungai limau kasturi
aku meneguk sunyi

di dada air sungai limau kasturi
aku menghanyutkan rindu

oh! tuhan
ini, aku membaca diri
dalam syahdu diselimut senja

Saturday, October 24, 2009

Gua Musang

Kabus pagi ini
masih berbaur
antara impian
dan harapan

Dan bertambah yakin, ia!
ini! pengembaraan
masih terlalu panjang
dan ngeri.

Monday, October 19, 2009

Kembang Bunga



Bunga kembang
melebari senyuman
bunga merudup
akhirinya impian
abadi dan abadi
akalnya iman
berzaman-berzaman!

Saturday, October 17, 2009

Mengingati W.S. Rendra (1935-2009)

Pada suatu catatan, dia menulis:

Nyamperin matahari
dari satu sudut
memandang insan
dari segenap jurusan

01 Disember 1992
Machang, Kelantan.

Tuesday, October 13, 2009

ajaib..



kalimah 'Allah' di awan biru....maha suci ALLAH.
*diambil pada 22 April 2009,sungai asap, gua musang,kelantan.

Saturday, October 10, 2009

Bagan Pinang (2)

Mereka membuat coretan hidup
di atas kertas yang hitam dan putih

Mereka mencoret kulit muka
mereka sendiri

album kenangan 2

album kenangan...




Bagan Pinang

Mungkin tumbuh
mungkin melata
mungkin gugur
selamanya