Duduk tengah malam
di pulau perhentian ini
aku teringat pada sejuk udara kashmir
tiga empat minggu yang lalu
kerana ketika itu aku ingin sekali menulis sebuah puisi ketika berada di sana
sebagai kenangan-namun tidak berhasil kecuali baris-baris ini:
angin dari gunung itu membawa dingin kebilik penginapanku
angin dari gunung itu membawa dingin kebilik penginapanku
baris-baris yang berulang-ulang di kepalaku
Sehingga aku datang ke sini, ditanahairku, aku mengira baris-baris puisi dengan mudah dan selesa
di pulau perhentian ini,
Demikian payah, ketika di agra, menyaksi ribuan pelawat menziarahi pusara mustaz,
aku tak mampu menjalin kata menjadi sajak-sajak cinta kerana taj mahal itu berbaur antara keagungan dan kezaliman, antara keindahan dan bau hanyir dilorong-lorong menuju ke pusaramu
Duduk tengah malam
di pulau perhentian ini, aku menulis sajak ini ketika di luar sana air laut semakin surut
dan aku semakin sesat dalam belentara kata dan makna untuk menyusun sebuah sajak kenanganku di sini
bahawa tanah ini, bahawa pulau ini, negeriku yang memberi sebuah puisi untukku.
Pulau Perhentian,
Terengganu
21 Mei 2012.