Inilah taman dan ladang
dan tapak gelanggang
guna menanam pohon-pohon
dan lagi menyiapkan perlawanan
Sebelum beredar ke balik sana
biar berat hasil tuaian
atau menang menjulang piala
piala dunia, piala akhirat.
151213.
Machang.
Tuesday, December 17, 2013
Saturday, December 14, 2013
MUSIM BARU
Mendongak ke langit
melihat awan dan bulan
ketika ia hampir purnama
Di bawah langit itu
malam ini rumput
masih terasa basah
Ada angin membawa suara
ada khabar dari jauh
tentang musim baru yang akan tiba.
131213.
Machang.
melihat awan dan bulan
ketika ia hampir purnama
Di bawah langit itu
malam ini rumput
masih terasa basah
Ada angin membawa suara
ada khabar dari jauh
tentang musim baru yang akan tiba.
131213.
Machang.
Wednesday, December 4, 2013
SIPUT
Pada suatu hari
akan aku menulis
tentang seekor siput
Sebelumnya, terimalah
ampun dan maaf
dari aku pada hari ini
kerana belum boleh menulis
mengenaimu-siput
sebagai janji
yang masih belum kutunaikan.
Machang,
Disember 2013.
akan aku menulis
tentang seekor siput
Sebelumnya, terimalah
ampun dan maaf
dari aku pada hari ini
kerana belum boleh menulis
mengenaimu-siput
sebagai janji
yang masih belum kutunaikan.
Machang,
Disember 2013.
DI HUJUNG JARI
Hanya di hujung jari
kata-kata itu muncul
hanya di hujung kata
makna itu timbul
Machang.
2013
Sunday, November 24, 2013
Sunday, September 1, 2013
JIWA
Jiwa ragaku
untukmu, tanah air
negara daulat ini
tumpah dan semadinya
cintaku.
31 OGOS 2013.
Kampung Bukit Bakar,
Machang, Kelantan.
untukmu, tanah air
negara daulat ini
tumpah dan semadinya
cintaku.
31 OGOS 2013.
Kampung Bukit Bakar,
Machang, Kelantan.
Saturday, August 3, 2013
Saturday, May 18, 2013
MALAM INI
Menyelimuti rindu
malam ini
dengan luka wajahmu
masa lalu yang muram
Aku melihat dalam gelap ini
kelipan kelip-kelip titik cahaya
esok hari baru dari Tuhan
akan datang kepada kita.
Machang.
malam ini
dengan luka wajahmu
masa lalu yang muram
Aku melihat dalam gelap ini
kelipan kelip-kelip titik cahaya
esok hari baru dari Tuhan
akan datang kepada kita.
Machang.
Subscribe to:
Posts (Atom)