(naskah kedua)
Tuhan meledakkan gunung
dan mengalirkan lahar
membawa bau belerang
dari kawah itu menusuk
ke hudung para pengunjung
yang membawa rezeki untuk penjaja
dan penjaja itu menjaja harapannya di pinggir kawah gunung berapi itu
sedang pelawat mengkagumi kuasa tuhan mencipta petaka dahsyat itu,
marilah pelajari pelajaran alam ini, moga jiwa lebih takut! pengabdian lebih tulus
kerana gunung itu kan meledak lagi serta asap dan belerangnya kan menusuk lagi.
Semoga tuhan menjauhi mereka dari petaka ini.
Tangkuban Perahu, Bandung
121212.
Wednesday, December 12, 2012
BANDUNG
(naskah pertama)
Tuhan meledakkan gunung
dan mengalirkan lahar
membawa bau belerang
dari kawah itu, menusuk ke hidung
para pengunjungnya
yang sedia membahagi rezekinya
antara penjaja
dan penjaja
yang amat mengharap
untuk hidup dari petaka gunung
yang telah terjadi
dan akan terjadi lagi
kerana asap tebal itu
adalah marah Sang Kuriang
yang belum padam
di Tangkaban Perahu
Tuhan, jauhi mereka dari petaka itu lagi!
Tangkaban Perahu, Bandung.

Monday, May 21, 2012
PULAU
Duduk tengah malam
di pulau perhentian ini
aku teringat pada sejuk udara kashmir
tiga empat minggu yang lalu
kerana ketika itu aku ingin sekali menulis sebuah puisi ketika berada di sana
sebagai kenangan-namun tidak berhasil kecuali baris-baris ini:
angin dari gunung itu membawa dingin kebilik penginapanku
angin dari gunung itu membawa dingin kebilik penginapanku
baris-baris yang berulang-ulang di kepalaku
Sehingga aku datang ke sini, ditanahairku, aku mengira baris-baris puisi dengan mudah dan selesa
di pulau perhentian ini,
Demikian payah, ketika di agra, menyaksi ribuan pelawat menziarahi pusara mustaz,
aku tak mampu menjalin kata menjadi sajak-sajak cinta kerana taj mahal itu berbaur antara keagungan dan kezaliman, antara keindahan dan bau hanyir dilorong-lorong menuju ke pusaramu
Duduk tengah malam
di pulau perhentian ini, aku menulis sajak ini ketika di luar sana air laut semakin surut
dan aku semakin sesat dalam belentara kata dan makna untuk menyusun sebuah sajak kenanganku di sini
bahawa tanah ini, bahawa pulau ini, negeriku yang memberi sebuah puisi untukku.
Pulau Perhentian,
Terengganu
21 Mei 2012.

Sunday, April 15, 2012
Beban Ingatan
(untuk ibrahim,muriatun,rosfaridah &
rukiah)
Ingatan itu kembali
menyelinap ke dalam darah
ketika bumi dan matahari menyaksikan
pertemuan ini setelah berdekad lalu dipisahkan
oleh waktu dan sejarah
Kita tak banyak memiliki kata
untuk mengungkap makna pertemuan
kerana kasih dan sayang persahabatan masa lampau
sudah cukup sempurna bila mata memandang wajah-wajah
yang tetap ceria, bahawa kalian hidup bahagia dibawah payung
rahmat Ilahi.
Alhamdulillah!
Aduh! beban kenangan masa lalu ini
rasanya berat , sayu dan memilukan
bila menjulujuri masa depan yang semakin singkat
dan pertemuan mendatang pasti belum pasti.
Oh Tuhanku!
Tuhan yang memilki masa, pertemukan kami lagi
atas kehendakMu, di dunia ini suatu hari nanti
atau kami bersatu lagi dalam syurgaMu.Amin!

Monday, February 27, 2012
PUISI MALAM INI
Dari wajahnya
kukutip senyumnya
Dari lukanya
aku menimba darah yang mengalir
Antara senyum dan duka itu
ada warna hidup yang melebar dan terbuka.
28.02.2012
kg.bukit sawa, machang.
Subscribe to:
Posts (Atom)